Assalamualaikum para pembaca, Kami telah diberi tugasan membuat blog untuk mempamerkan kertaskerja dan hasil kajian kami dalam module Pb-2301 komuniti dan teknologi fakulti, Akademi Pengajian Brunei bertajuk songkok :) Kumpulan pengkaji songkok ini terdiri dua orang pelajar. Kajian songkok kami mulakan dengan menemuramah tenaga pengajar di Pusat Kesenian di Jalan Kota Batu, Di sana kami dapat melihat sendiri cara Pembuatan songkok dilakukan, barang-barang yang diperlukan dan proses-proses yang dilakukan untuk menghasilkan songkok oleh pelajar yang berkursus khasnya dalam bidang pembuatan songkok.
Tenaga pengajar yang kami temuramah ialah Cikgu Masni Binti Sudin. Beliau dengan baiknya mengaalu-alukan kedatangan kami untuk menemuramah beliau.
Tenaga pengajar yang kami temuramah ialah Cikgu Masni Binti Sudin. Beliau dengan baiknya mengaalu-alukan kedatangan kami untuk menemuramah beliau.
Songkok ialah sejenis hiasan atau pakaian dikepala bagi kaum lelaki sejak dari dulu lagi. Ianya juga sebahagian daripada pelengkap pakaian Brunei didalam berbagai-bagai majlis yang diadakan terutama sekali ketika menunaikan solat, semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran dan ketika berkunjung ke rumah sanak-saudara pada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha. Songkok ini dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular dikalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu.
Didalam sesuatu majlis samada secara formal atau tidak formal pemakaian songkok mempamerkan kedudukan seseorang. Songkok dipercayai diperkenalkan kepada rakyat Brunei oleh peniaga-peniaga Arab lebih enam atau tujuh ratus tahun yang lampau. Malah sunat hukumnya bagi lelaki Islam memakai songkok jika ia dilakukan dengan ikhlas. Setelah beberapa lama, memakai songkok menjadi satu tradisi dan sinonim dengan bangsa Melayu. Maka ia menjadi satu simbol Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand
Umumnya hiasan kepala untuk lelaki di Negara Brunei Darussalam boleh dikategorikan dalam tiga jenis iaitu:
- dastar, sehelai kain yang diikat di sekitar kepala;
- songkok atau kopiah, sejenis topi diperbuat daripada baldu;
- tengkolok atau serban, seperti serban yang biasa dipakai oleh masyarakat di Timur Tengah.
ASAL
Reka bentuk ini menjadi ikutan oleh para pembuat songkok dan sehingga ke hari ini, ditambah dengan beberapa pengubahsuaian sepanjang masa seperti meletakkan kertas di antara kain alas sebelum menjahit, biasanya menggunakan kain satin, untuk menjadikannya lebih kuat.
Hitam merupakan warna asli songkok akan tetapi hari ini kita dapat melihat ia direka dalam pelbagai warna seperti merah, biru tua dan hijau tua berserta dengan corak atau hiasan. Manakala harganya pula bergantung kepada saiz, bahan yang digunakan, corak dan hiasan yang dipilih. Bahan-bahan utama yang digunakan untuk membuat songkok ialah kadbod atau kertas tebal, baldu dan satin. Kadbod digunakan menggantikan cara lama yang menggunakan helaian kertas sebagai pengeras. Apabila semua bahan telah tersedia, kesemua bahan tadi akan dijahit mengikut bentuk, ketinggian dan saiz kepala yang dikehendaki.
Hari ini, songkok sama seperti perhiasan kepala yang lain boleh diperolehi dalam pelbagai warna bagi memenuhi keperluan cita rasa penempahnya. Maka tidak hairanlah jika seorang lelaki memilih sekurang-kurangnya dua songkok yang berlainan warna untuk memastikan ianya bersesuaian dengan warna pakaian.
Sesetengahnya membuat tempahan dengan memilih jenis dan warna baldu khusus – harga tidak menjadi soal walaupun terpaksa membayar lebih – bagi memenuhi keinginan dan kehendak masing-masing.
NILAI
Songkok mendapat sambutan terutama apabila menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri, suatu sambutan meraikan berakhirnya bulan Ramadan kerana bukan sahaja ibu bapa akan memakai pakaian yang baru malahan juga anak-anak mereka.
Disebabkan sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan sesuatu yang signifikan, songkok dipakai oleh hampir kesemua lelaki tidak mengira sama ada yang tua mahupun yang muda.Nilai penggunaan songkok juga ditekankan kepada kanak-kanak di rumah dan juga di sekolah. Sementara lelaki dewasa mungkin tidak akan memakai songkok sepenuh masa akan tetapi ia dipakai setiap kali menghadiri acara-acara rasmi keagamaan dan kebangsaan. Terdapat juga mereka yang memakai songkok sebagai sebahagian daripada pakaian hariannya
MENGEKALKAN
Dalam tahun 1975, kerajaan telah menubuhkan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei (PLKPTB) di mana tiga tahun selepas penubuhannya, pembuatan songkok dijadikan sebahagian dari kursus yang disediakan.
Selepas tamat kursus pembuatan songkok selama tiga tahun, beberapa orang pelajar telah menggunakan kemahiran mereka dengan membuka perniagaan sendiri. Hari ini dengan popularitinya, permintaan terhadap songkok semakin meningkat. Industri songkok bercambah dan telah menjadi perusahaan yang tidak dapat dinafikan potensinya dalam bidang perniagaan.
CARA MEMBUAT SONGKOK:
Pada masa dulu lapis atau alat yang digunakan di dalam songkok itu dengan menggunakan suratkhabar dan kain putih biasa sebagai lapik . Sekarang-diganti dengan menggunakan kertas kuning.
KEGUNAAN ALAT-ALATANNYA:
- Kayu pembsris sebagai pengukur dan menyukat.
- Gunting untuk mengunting kertas, kain dan sebagainya.
- Tukul - untuk menukul bahagian pertamuan sudut dinding topi supaya rata
- Jarum tangan- untuk menyelurusuri menjahit bahagian pertamuan topi (kain hitam & beludu)
- Jarum peniti- memasang kain beludu tampok atap topi bahagian bulatan supaya sama.(tidak kendur dan disemat pada bahagian dinding topi)
- Sapit-penyapit - untuk menahan dinding topi sebelum digunting semasa menjahit dan mengunting dinding supaya sama bentuk.
- Injen jahit - untuk menjahit
- Pelayar - untuk menarik jarum peniti daripada dinding songkok.
- Tape measure/penyukat kain - untuk mengukur size tinggi spongkok/mengukur kain, cotton collar, kertas.
- Kapur - untuk menggaris kain tekron, kain beludu
- Berus songkok - untuk membersih topi
- Harum peniti- untuk menyemat
- Penatas- untuk membuka jahitan yang salah
Bagi kalangan orang Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri uparaca-upacara rasmi seperti upacara perkahwinan, solat jumaat, upacara keagaamaan dan sewaktu menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.
Songkok is an interesting headgear for Bruneians and many in the region. Wearing a headcover has always been part of the Bruneians' old tradition. No one knows when it first started. In the past, it was used to tell society one's social strata or place in life. Today, everyone uses a songkok. It has become a symbol of being a Malay or a Bruneian.
Today, like other gears, the songkok comes in many colourful variations to suit individual tastes and styles.
The more common ones are the black flat top. This can be bought ready made or it can be custom made if one wants a different felt or material.
There are those who prefer other shades of colour such as purple but nowadays this is not normally done. Yet a number of organisations do wear differently coloured songkoks, like blue for the Marine Department officers.
Some prefer their songkoks with slightly raised sides or in Brunei Malay called "bergunung" ("mountainous"). This type of songkok will no longer have a flat top.
Some prefer their songkoks with laces or with some decorations along the sides of the songkoks or in Brunei Malay called "berlis" ("with laces").
Some combined the two making the songkoks much heavier than normal.
Nowadays there are those who prefer their songkoks "berkalimah" (literally, with ayat on top) — usually the name of Allah written on top of the songkok.
Today, like other gears, the songkok comes in many colourful variations to suit individual tastes and styles.
The more common ones are the black flat top. This can be bought ready made or it can be custom made if one wants a different felt or material.
There are those who prefer other shades of colour such as purple but nowadays this is not normally done. Yet a number of organisations do wear differently coloured songkoks, like blue for the Marine Department officers.
Some prefer their songkoks with slightly raised sides or in Brunei Malay called "bergunung" ("mountainous"). This type of songkok will no longer have a flat top.
Some prefer their songkoks with laces or with some decorations along the sides of the songkoks or in Brunei Malay called "berlis" ("with laces").
Some combined the two making the songkoks much heavier than normal.
Nowadays there are those who prefer their songkoks "berkalimah" (literally, with ayat on top) — usually the name of Allah written on top of the songkok.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamI'm very interested in your photos. Who can I contact to get these pictures?